Wednesday, 10 October 2012

KAU dan AKU

Sekadar Renungan:
Kehidupan kita di dunia ini bukan untuk kita seorang sahaja. Jadi selagi ada kudrat usahalah untuk membantu orang lain yang memerlukan tenaga anda.. Pencipta kita memberikan kita daya tenaga, fikiran supaya berbuat baik sesama manusia. Jadi cubalah membantu seandainya kita berupaya mengembirakan orang lain. Setiap yang kita lakukan dengan niat yang baik aka ada rahmat diberikan-Nya. Andai kita tidak mampu membahagiakan orang lain, janganlah pula kita menghinanya -

Wednesday, 15 August 2012

ANDAI KUTAHU...


"10 malam" yg lebih BAIK daripada malam pertama..

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) di saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampailah terbit fajar. “
(Al-Qadr: 1-5)
Catatan Muat Naik : Pada malam 27 Ramadan 1433H/15 Ogos, 2012

Friday, 10 August 2012

Indahnya Ramadan

Sabda Rasululah s.a.w:   "Islam itu tertegak di atas lima perkara:  Bersaksi tidak ada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH, bersaksi Muhammad itu sebagai utusan ALLAH, mendirikan SOLAT, mengeluarkan ZAKAT, BERPUASA di bulan Ramadan dan menunaikan HAJI." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari.


<Indah dan mendamaikan>

Tidakkah kita terfikir, betapa kasihnya ALLAH kepada hamba-hamba-NYA sehingga menjanjikan pahala seribu bulan bagi yang beribadat hanya pada salah satu daripada sepuluh malam terakhirnya, iaitu Lailatulqadar? Diampunkan segala dosa yan telah lalu. Alangkah beruntungnya orang yang menghabiskan malam ini dengan beribadah. Rebutlah peluang  dihujung-hujung ramadan ini.

Firman ALLAH S.W.T:
"Lailatulqadar itu lebih baik daripada beribadat selama seribu bulan." - Surah al-Qadr: ayat 3

Firman ALLAH S.W.T: "Inilah bulan Ramadan. Padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia, memberi keterangan agar mendapat petunjuk dan sebagai pemisah kebatilan."  - Surah al-Baqarah: ayat 185








Tuesday, 14 February 2012

PELABUHAN INI


PELABUHAN INI
Kita hanya fikirkan tentang persinggahan sementara
Sedangkan kita tahu ada persinggahan kekal nanti
Jadi mahukah kita singgah di pelabuhan itu
Tanpa mahu bawa bekalannya

Saturday, 11 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL DI SKPG

Ustaz Mohd Rosdi
 Perarakan Maulidur Rasul mengingatkan kita umat Islam mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 tahun selepas peristiwa tentera gajah..
En Ismail Awang (GB) dan Ustaz Mohd Rosdi


Perarakan melalui kampung Ptg Keriang - Ptg Rawa.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kelahirannya amat dinanti-nantikan kerana dikhabarkan akan membawa cahaya di muka bumi ini.
Kumpulan 6 Arif 2012
Datuknya  Abdul Muttalib amat gembira dengan berita itu.


Difahamkan, ibunya Siti Aminah bermimpi melihat darinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki,"
 b
Peserta pertandingan nasyid - Nawawi yang mempunyai ton suara yang baik.

Cikgu Zakiah melayan murid-murid dengan jamuan nasi.

Barisan hakim pertandingan nasyid

Penceramah jemputan - Ustaz Suhaimi Osman dari JPN

Murid-murid mendengar ceramah berkaitan maulidur rasul.
Perarakan diketuai oleh Fauzan.
Siti Aminah, ibu Nabi Muhammad s.a.w pernah memberitahu bahawa semasa dia mengandungkan Nabi Muhammad, dia tidak merasa penat atau sakit malahan merasa begitu tenang dan mendamaikan. Menurut sejarah lagi, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.







Abdullah ialah ayah kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi ayahnya meninggal dunia ketika Nabi masih lagi dalam kandungan ibunya, Siti Aminah. Keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail dan keturunan Nabi Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.






Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sifat-sifat yang terpuji iaitu:
Siddiq - yang benar
Amanah - yang jujur
Tabliq - yang menyampaikan
Fathonah - yang bijaksana





Nabi Muhammad s.a.w menjadi anak susuan kepada:
Suwaibah
Halimatun Saadiah
- Kehidupan Halimatun Saadiah  bertambah rezeki dan diberkati selepas menyusukan Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w ini merupakan anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.


Baginda juga diangkat sebagai seorang khalifah terulung, yang mengetuai angkatan tentera Islam, yang membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak yang terpuji dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.


Walaupun diketahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang-orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul mereka.



Nabi Muhammad s.a.w merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji".


Di dalam peperangan, Baginda merupakan perancang terbaik dalam menghadapi musuh.
Kekuatan tentera Baginda dalam peperangan Badar terbukti hanya berlangsung selama dua jam sahaja, di mana tentera Islam hanya 313 orang dapat mengalahkan tentera Quraisy yang hampir 1000 orang itu.


Friday, 10 February 2012

HADIS DAN DOA

HADIS:
DARIPADA Aisyah r.a, katanya," Rasulullah s.a.w tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

DOA mendapat kebahgian dunia dan akhirat.
       "Ya Allah, anugerahilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami daripada seksaan api neraka,"
-Surah Al-Baqarah ayat 201

Thursday, 9 February 2012

KITA INSAN KAMIL

KITALAH INSAN
Salah di mana kalau tak nampak
Salah difikiran kalau tak dinilai
Kita ada akal - fikir
Kita ada telinga - dengar
Kita ada mata - lihat
Segalanya kita lakukan ke jalanNYA

HATI YANG PERLU DIJAGA

Sekeping HATI yang perlu dijaga
Hitam atau putih kita yang mencorakkan
Jika kita selalu sirami dengan kalimat ALLAH
Maka suburlah hati ini
dan jika kita sirami dengan rasa amarah
Maka keringlah hati itu
Jagalah Hati...


Sunday, 5 February 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawwal 1433/5 Februari 2012. Semoga umat-umat Nabi Muhammad S.A.W di seluruh dunia bersatu padu dan mengamalkan ajaran-ajaran Rasullullah.

MATLAMAT HIDUP...

Hidup ini perlu ada matlamat kerana matlamat ini akan membuatkan kita berusaha untuk mencapainya. Capailah matlamat itu melalui jalan-jalan yang betul.