Ustaz Mohd Rosdi |
En Ismail Awang (GB) dan Ustaz Mohd Rosdi |
Perarakan melalui kampung Ptg Keriang - Ptg Rawa. |
Kumpulan 6 Arif 2012 |
Difahamkan, ibunya Siti Aminah bermimpi melihat darinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki,"
b |
Peserta pertandingan nasyid - Nawawi yang mempunyai ton suara yang baik. |
Cikgu Zakiah melayan murid-murid dengan jamuan nasi. |
Barisan hakim pertandingan nasyid |
Penceramah jemputan - Ustaz Suhaimi Osman dari JPN |
Murid-murid mendengar ceramah berkaitan maulidur rasul. |
Perarakan diketuai oleh Fauzan. |
Abdullah ialah ayah kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi ayahnya meninggal dunia ketika Nabi masih lagi dalam kandungan ibunya, Siti Aminah. Keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail dan keturunan Nabi Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sifat-sifat yang terpuji iaitu:
Siddiq - yang benar
Amanah - yang jujur
Tabliq - yang menyampaikan
Fathonah - yang bijaksana
Nabi Muhammad s.a.w menjadi anak susuan kepada:
Suwaibah
Halimatun Saadiah
- Kehidupan Halimatun Saadiah bertambah rezeki dan diberkati selepas menyusukan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w ini merupakan anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda juga diangkat sebagai seorang khalifah terulung, yang mengetuai angkatan tentera Islam, yang membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak yang terpuji dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Walaupun diketahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang-orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul mereka.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji".
Di dalam peperangan, Baginda merupakan perancang terbaik dalam menghadapi musuh.
Kekuatan tentera Baginda dalam peperangan Badar terbukti hanya berlangsung selama dua jam sahaja, di mana tentera Islam hanya 313 orang dapat mengalahkan tentera Quraisy yang hampir 1000 orang itu.
Tahniah,perpaduan ummah jati diri Islam.
ReplyDelete